Friday, July 19, 2013

Kisah Witir

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat sekalian.
tempoh hari sewaktu solat terawih ada 1 perkara yang menarik hati sy usai solat witir sy melihat seorang hamba Allah yang menadah tangan berdoa kepada Allah. Dalam doanya sy terdengar bisikan permohonnnya kepada Allah,
" Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Allah..."
semakin lama semakin kuat. sesiapa yg ada sekitarnya pasti akan mendengar doanya. aku lihat penuh kesungguhan. penuh permintaan. seolah-olah selepas ini dia PASTI akan mengahadapi kematian. apatah lagi aku pernah mengenali zaman silamnya membuatkan aku sendiri berasa sebak melihat situasi ini.
Saudara, inilah nikmat yang telah Allah campakkan dalam hati hambanya untuk merasai manisnya kecintaan, pengharapan, pergantungan kepada Allah Taala. walaupun siapa kita sebelum ini, betapa banyak dosa kita lakukan andai kita mahu dan diizinkan Allah Taala maka Allah akan campakkan nikmat taubat dan keampunan Allah dalam hidup kita. Allahuakbar.
mohonlah kepada Allah agar kita diberi taufiq dan petunjuk oleh Allah dalam kehidupan ini.
hidup ini adalah perjalanan menuju kematian. perjalanan itu boleh jadi perjalanan yang pendek. boleh jadi perjalanan yang panjang. dalam perjalanan itu sewajibnya kita mengisi dengan perkara-perkara yang dapat menyelamatkan kita dari kemalangan-kemalangan yang melukakan. sudah lumrah dalam perjalanan kadangkala kita sesat. kadangkala kita tersasar. namun kita perlu melihat semula peta perjalanan sebenar dan panduan perjalanan agar kita dapat kembali destinasi sebenar. begitulah juga dengan kehidupan kita. adakala kita tersasar dari syariat Allah. tersesat ke jalan dosa. namun disitu adanya rahmat Allah. pengampunan Allah. disana tetap ada panduan dan peta petunjuk untuk memberi sinar harapan kepada kita untuk kembali kepada Allah...
namun ini juga sebenarnya adalah teguran dari Allah untuk memberi peringatan dan contoh teladan agar sy sendiri berdoa kepada Allah dengan penuh penghayatan dan pengharapan kepada Allah. Dimana lagi hendak kita gantungkan pengharapan melainkan hanya kepada Allah Taala.
mudah-mudahan bermanfaat.
# foto di atas adalah foto daripada penulis sendiri dan gambar adalah hiasan. tidak ada kaitan dengan kisah di atas.

Sunday, June 30, 2013

Munajat Palestin

Assalamualaikum.
sudah lama rasanya sy tidak menghidupkan blog sy. mungkin kerana sibuk. ataupun buat-buat sibuk.
Hari ini 30 Jun 2013 sy berkesempatan menghadiri Program Munajat Palestin anjuran bersama Muslim Care, Yayasan Amal, dan Cakna Palestin menampilkan pemidato yang superb dan best. perincian program adalah seperti berikut :
berikut adalah seleksi gambar yang sempat sy rakamkan semasa program ini berlangsung.
antara input yang dapat saya kongsikan adalah :
1. negara palestin mula dijajah pada 1924 yang merupakan tarikh sama kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniyyah. ini bertepatan dengan kata-kata Saidina Ali sewaktu melawat Palestin setelah jatuhnya kerajaan Byzantine yang mengatakan bahawa
" kita adalah satu bangsa yang dimuliakan hanya dengan islam". ini juga bertepatan dengan maksud ayat al quran,
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam." [Ali ‘Imran 3:19]
Negara Palestin mula dijajah apabila sistem islam itu sendiri sudah tidak diamalkan oleh umat islam. sejarah telah merakamkan kerajaan islam Turki Uthmaniyah telah ditumbangkan oleh orang yang mengaku sebagai islam namun telah menyemarakkan semangat kebangsaan arab sekaligus menumbangkan sistem islam yang telah diwarisi dari Rasulullah s.a.w. dan para Khulafa ar -Rasyidin. setelah runtuhnya khilafah maka bermula penaklukan ke atas Palestin yang mana secara rasminya kaum yahudi telah menduduki dan mengusir rakyat Palestin pada tahun 1948. jelaslah disini kita hanya akan mulia apabila kita mengamalkan islam secara menyeluruh. jadi teman-teman semarakkan semangat pengamalan islam barulah kita bisa dipandang mulia di dunia dan lebih penting pada pandangan Allah Taala.
2. sy tertarik dengan keberanian saudara saya Abdul Kadir al Khusaini seorang pelajar terbaik American University, di Cairo. beliau dengan beraninya telah mengoyakkan skrol ijazah yang dimiliki di atas pentas dengan disaksikan oleh Diplomat-Diplomat Barat dengan mengatakan,
"universiti ini adalah tempat merosakkan pemikiran umat islam!" lantas selepas itu dia dibuang ke Palestin dan berjuang bersama jemaah disana.
FUH! Dahsyat kan?
3. dan saya baru tahu bahawa Briged Al Qassam ditubuhkan atas nama seorang individu bernama Izzudin Al Qassam dan beliau bukanlah rakyat Palestin tetapi rakyat Shams(Syria) yang telah menentang israel di Palestin.
Superb kn??
akhirnya sy minta maaf sekiranya ada kekurangan dalam perkongsian ini. banyak sangat input yg x dapat saya coretkan disini. so pengajarannya rajin-rajinlah ke majlis ilmu. sy pun dalam usaha merajinkan diri. kalu rasa kurang minta tambah ye sebab nama pun kurang mestilah kena tambah. hehe.. mudah-mudahan bermanfaat untuk sy dan anda semua.

Wednesday, September 19, 2012

pemberitahuan

Assalamualaikum wbt.
Mohon maaf atas kelewatan untuk update blog. sy akan cuba menangani masalah ini.
harapnya terus bersama mengikuti perkembangan blog ini. maaf semua.
yang benar Azrul Faiz bin Abdul Malek

Sunday, August 12, 2012

Kuih Lompat Tikam

"abe, lampu tak hidup lagi nih!" kata adik.
"tu la. salu ok jah. bakpo harini main angin pulok lampu ni."
itulah antara dialog yang sempat aku dengar semasa ziarah kami ke rumah keluarga salah seorang aktivis dakwah yang aktif di temerloh. beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu serta lapan orang anak. atas kesedaran ukhuwah dan tanggungjawab kami bersama-sama mengadakan iftar bersama di rumah arwah. dalam program kali ini aku bertindak bukan sebagai 'orang kuat' program tapi lebih banyak sebagai perakam detik-detik yang berlaku sepanjang program tersebut. akan aku selitkan beberapa keping gambar yang akan memberi gambaran jelas sepanjang penceritaanku ini.
sesampainya di rumah kami pun bergegas untuk menyediakan juadah yang telah kami masak siap dari rumah lagi. hal ini kerana untuk mengelakkan beban kepada tuan rumah. tetapi seperti di awal kisah tadi lampu di ruang tamu tersebut masih juga belum menyala. jelas kelihatan akan riak kerisauan terpancar di wajah tuan rumah.
jam menunjukkan pukul 7 .15 minit malam.
bila-bila masa sahaja lagi azan akan dilaungkan menandakan telah masuk waktu berbuka bagi kawasan temerloh. namun lampu masih juga belum menyala. persekitaran sudah semakin gelap. lauk-lauk yang tadi jelas kelihatan warna, bentuk dan rasanya(boleh dipegang bukan dimakan tau, puasa kot) kini beransur kelam. tuan rumah semakin risau. tetapi kami sebagai tetamu tidak ambil kisah akan perkara ini kerana beranggapan ini adalah situasi biasa di rumah ini. lagipun kami tidak mahu mengelurakan kata-kata yang mungkin menyinggung hati tuan rumah. seperkara lagi kami berpendapat inilah realiti kehidupan yang kami tidak mungkin perolehi seandainya balik di negeri kami. jadi kami buat sekadar tidak endah walhal perut juga boleh tahan nyanyiannya. masakan tidak seawal 5 pagi telah bersiap-siap untuk ke temerloh. akhirnya atas inisiatif anak sulung, dialihkan sedikit lampu di bahagian dapur untuk dihalakan ke ruang tamu. alhamdulillah, inisiatif berjaya. lauk yang kelam tadinya beransur jelas kelihatan. nasi tomato yang berwarna oren keenakan telah mula menjentik selera. kami pun mula senyum tanda syukur.
tiba- tiba kedengaran suara comel membaca doa sebelum berbuka.
alhamdulillah, kedengaran sangat comel dan bagus. kanak-kanak sekecil itu sudah berani membaca doa untuk kami. aku agak kagum. masakan tidak, kanak-kanak lain pada usia itu sudah pasti malu-malu kucing apabila diminta untuk membaca doa.
seusai lafaz amin tanganku menggapai buah tembikai yang terhidang sebagai santapan pertama menggantikan kurma yang tidak ku jumpa pada malam itu. terasa nikmat sungguh buah tembikai kurniaan ilahi. begitulah nikmat berbuka yang Allah berikan kepada kita setelah seharian berpuasa. tetapi buat inidividu yang tidak berpuasa tidak akan merasai nikmat ini. alhamdulillah..
lalu majlis berbuka pun bermula. kelihatan tuan rumah agak malu untuk makan bersama kami. mungkin agak kekok berbuka dengan orang lain. lantas kami hulurkan lauk pauk, mempelawa makanan yang kami masak, bergurau sedikit untuk meruntuhkan dinding penghalang, alhamdulillah akhirnya kami dapat berbuka dalam keadaan mesra di bawah sinaran lampu yang satu itu. tidak dapat aku gambarkan dengan tepat perasaan ku pada waktu itu. dapat ku bayangkan ketabahan keluarga ini menghadapi kehidupan seharian. kita yang selama ini berbuka dengan makanan yang cukup, tempat yang selesa, ruang makan yang cantik, semua lengkap serba serbi. tetapi Allah memberi aku peluang dan ruang untuk merasai satu pengalaman yang sangat bermakna bagi diriku. terkadang aku terfikir mungkin inilah nikmat kesyukuran yang sering aku lupai selama ini tanpa sedar mahupun sedar. astagfirullah..
sedang aku menjamah makanan, mata aku terpandang dua buah mangkuk berisi pulut berwarna merah dan juga tepung berwarna hijau. sungguh tertarik aku dengan warnanya. tak pernak aku berjumpa dengan kuih sebegitu rupa. kalian pernahkah? lalu aku perhatikan cara kuih itu disediakan. dicampur kedua-duanya kemudian diletak sedikit santan dan disajikan bersama gula merah.
"oh begitu caranya", bisikku.
lantas aku meminta sedikit untuk merasa kuih tersebut. alangkah enaknya kuih tersebut. manis berkrim bercampur kolestrol amat menggamit lidah pada waktu itu. dengan tahap kepekeaanku mulai meningkat dek kemanisan kuih tersebut pada waktu itu lantas aku bertanya,
" kuih apa ni?", tanyaku lembut.
" kuih lompat tikam", jawab adik disebelahku ringkas.
aku agak terperanjat mendengar nama itu. nama yang seakan kejam tetapi punya rasa yang sangat enak dan manis-manis gitu. aku pun tidak berhajat untuk bertanya siapa gerangan yang membuat kuih tersebut kerana kami tidak bersolat lagi. namun dengan tidak semena-mena ada yang memberitahu kuih ini adalah hasil air tangan tuan rumah ini sendiri!
Allahurabbi!
aku terkejut sekali lagi kerana sangkaku rombongan kami yang menyediakan kuih ini. aku seakan kelu kerana dalam keadaan serba serbi kurang tuan rumah tetap mahu menyediakan juadah istimewa untuk kami semua walhal telah dilarang oleh rombongan kami daripada untuk memasak.
disinilah dapat aku rasakan baik budi pekerti dan persahabatan yang murni. walau dalam susah, tetap mahu menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kami semua walhal tidak kami pinta semua ini. niat kami untuk meraikan mereka bersama semasa berbuka. namun kami menerima satu hadiah yang tidak tersangka dari pihak tuan rumah.
benarlah kata-kata orang lama,
biar kita miskin harta jangan kita miskin budi.
akhlak baik yang semakin terkikis dalam kalangan umat islam di Malaysia pada hari ini. semakin tinggi harta menggunung semakin berasa di puncak awangan malah hilang sifat berbudi sesama kita. lihat sahaja di bandar-bandar, duduk sederet rumah tetapi tidak pernah bertegur apatah lagi bertanya khabar. masing-masing dengan hidup sendiri. berbeza dengan kehidupan orang yang Allah timpakan ujian harta. mereka berhati terbuka menerima kunjungan, berhati terbuka menerima sumbangan, punya semangat yang kuat untuk teruskan kehidupan, malah punya budi dengan sesama insan.
kita wajar mementingkan perihal diri sendiri tanpa menidakkan apa yang ada di sekeliling kerana kita ini bersaudara. kita punya hak dan tuntutan sesama saudara kita.
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 10)
semoga bermanfaat.

Sunday, July 29, 2012

Hoi, sini jap!

Pin! Pin! Pin! Pin!
Satu malam di Shah Alam kdengaran bunyi hon motor dan deruman motor enjin honda EX5. cuma jangan kalian risau kerana bunyi motor dan hon itu tidak menunjukkan sebarang ciri keanehan. Muncul motor bersama sebondong roti penuh di sekeliling motor. Entah berapa kali motor ini pernah disaman atau diberi amaran oleh pak polisi. namun aku lihat motor ini tetap beroperasi seperti biasa. Masakan tidak si penunggang motor itu mencurahkan segala kehidupan dan pengertian kepada kudrat motor ini untuk mencari rezeki. Cuma kadangkala kita ini tidak mengerti . hanya sekadar memerhati malah lebih teruk kadangkala memandang lekeh. Astagfirullah..
Aku lantas menghulurkan lenganku sebagai isyarat untuk memberhentikan motor tersebut tanpa niat untuk menggoda beliau. harap pembaca jangan salah tafsir. Maka penunggang motor itu pun memberhentikan motornya. Ku lihat pancaran rezeki di kilas matanya. Seolah-olah hendak mengatakan, " tolong la beli roti banyak-banyak". Tapi aku telah memasang niatku untuk hanya membeli sepotong roti dan setin susu soya bagi memberi tenaga.
Seusai itu aku pun melangkah pergi meninggalkan peniaga tersebut yang kelihatan bersungguh mengira wang hasil pencarian pada hari itu. waktu tersebut jam 11 malam. agak misteri kerana pada jam 11 malam masih ada peniaga roti merayau-rayau sambil menyanyikan hon di waktu malam. suasana ini hanya terdapat di shah alam. kalau buat di kampungku, aku yakin, pasti peniaga tersebut tercekik hon dek amarah orang kampungku. mahu tak marah, malam-malam hening membunyikan hon tanpa rasa bersalah. nasihatku kepada sesiapa yang berhajat mengikut jejak langkahnya di kampungku agar berhentilah daripada angan-angan dan impian itu.
Tiba-tiba.....
"HOI, SINI JAP!"
satu sapaan keras menerjah ke seluruh telingaku. sangkaku ada individu yang cuba untuk mengalih perhatianku. darah jawaku berderau seketika. langkahku mula ku atur kemas( berjalan kan kena melangkah). siapakah yang berani untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa?? lalu aku alihkan pandanganku untuk melihat dari mana datangnya suara tersebut.
hatiku terpana dek semacam perkara yang amat mengejutkan. rupa-rupanya suara biadap itu datangnya dari satu susuk tubuh yang dipanggil MELAYU! dia cuba untuk memanggil peniaga roti itu dengan panggilan sebegitu. Alangkah terkejutnya aku! tak dapat aku banyangkan rupa terkejutku dalam bentuk tulisan. tetapi memang terkejut. dan aku tetap terkejut!
Dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu semasa aku di bangku sekolah(kini dah tukar kerusi) kami sering diberitahu bahawa orang Melayu itu Islam, tutur katanya baik, lemah lembut, sopan santun, dan baik budi pekerti. aku ketika itu seakan mengangguk kerana isi-isi ini akan ku muatkan dalam menjawab karangan dan esei subjek tersebut. tapi kini semua itu tinggal sejarah.
walaupun bukan semua Melayu begitu, tetapi aku amat sedih kerana mereka ini saudaraku. tidakkah si pemanggil itu tahu bahawa peniaga itu tetap juga orang islam walaupun berketurunan mamak dan bukannya melayu? kalau bukan islam pun adakah ini akhlak yang ingin ditunjukkan dihadapan orang islam. dengan panggilan HOI?? ini belum lagi kes-kes memanggil semacam kurang hajar kepada pelayan di restoran mamak seluruh negara. aku kadangkala tidak sanggup melihat dan mendengar mamak - mamak pelayan dilayan sebegitu rupa. dibuli, panggilan kurang enak, dimaki pun ada tanpa sebab. aku lihat mereka seolah-olah berasa bangga dan hebat dengan berbuat demikian.
aku yakin dan percaya pasti ada mulut-mulut yang berkata. " ala, bukan semua begitu. kau nampak yang buruk je kat orang melayu ni. yang baik kau tak nak cerita pulak! ". adakah anda juga terfikir begitu?
Dan tidaklah Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira (mubasysyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin). (al-Kahfi : 56).
kisah kesopanan dan kesusilaan orang Melayu telah hangat dikisahkan hingga digambarkan dalam bentuk filem. Leftenan Adnan, Hikayat Hang Tuah, Bukit Kepong, dan banyak lagi. namun siapa yang berani melaungkan akan kelemahan atau kesalahan kita? adakah kita berani untuk mengaku kelemahan dan kesalahan kita? kita sering melenting apabila ditegur seolah-olah punya kuasa eksklusif tapi jarang sekali mengambil pengajaran dan iktibar dari teguran. walaupun kejadian ini bukanlah dalam julat yang besar, tetapi harus barang diingat islam tidak pernah mengajar kita sedemikian rupa. beruntunglah orang melayu kerana Allah telah berikan sifat lemah lembut dan mesra dalam jiwa masyarakat melayu. apabila islam datang dalam masyarakat kita hal ini mengukuhkan lagi sifat yang sedia ada itu.
aku ini bukanlah seorang ustaz, bukan juga seorang ustazah. apatah lagi penuh dengan kesilapan , kelemahan, dan dosa. tapi sekadar saudara islam yang bimbang dengan fenemona ini. rata-rata kita mengetahui keperluan umat islam untuk bangun dari kegelapan yang menyelubungi dan perkara yang kita perlukan sekarang adalah BERTINDAK!
aku berpesan kepada diriku ini untuk mengambil kesempatan daripada kisah ini untuk kita sama-sama menginsafi akan situasi umat kita hari ini. sempena bulan ramadhan ini adalah kesempatan yang terbaik untuk kita berhenti untuk memanggil orang dengan panggilan yang kuranG enak. di bulan mulia inilah kita belajar untuk mengungkapkan perkataan yang baik dan mengurangkan perkataan yang kurang baik. waktu inilah paling sesuai untuk kita belajar untuk menghormati orang lain tidak kira bangsa, agama, warna kulit, mahupun warna anak mata. mudah-mudahan dengan permulaan yang baik akan menghasilkan hasil yang baik selepas ini. insyaAllah.
KITA MAMPU MENGUBAHNYA..
semoga bermanfaat.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wbt.
kini tibalah kita di bulan yang paling tidak dinantikan oleh nafsu kita jika dipandang pada sudut lumrah iaitu bulan Ramadhan. Nafsu pada lumrahnya bencikan kepada kebaikan dan lebih terarah kepada kemaksiatan. namun jika di didik, diasuh tidak mustahil nafsu akan tunduk kepada kebaikan.
FUHH!!
Bukan senang nak bangun seawal jam 5 pagi semata-mata nak makan sepinggan nasi dan seketul ayam. ada pulak tu sekadar nak minum air suam sahaja.
Bukan senang nak baca al-Quran 5 muka setiap lepas solat. apatah lagi kalau waktu bekerja. memang mencabar keimanan dan ketaqwaan.
Bukan senang nak hulur singgit dua kat tabung masjid tiap kali waktu terawih. padahal kalau nak dihitung RM 1 x 29 hari = RM 29. memang liat duit kat poket tu nak keluar. rasa macam malu-malu je.
Bukan senang nak pegi terawih dalam keadaan perut penuh dengan ayam percik, air tebu, roti john, nasi tomato, kuih pelita, kuih gado-gado. rasa berat je badan nak bangun waktu tu.
Bukan senang nak belanja orang lain berbuka apatah lagi kalau set makanan kita masih juga belum mencukupi. ada bermacam-macam set makanan dalam bulan Ramadhan ini.antaranya :
Set A = ayam percik + air bandung + mee bandung + kebab + roti john
Set B = nasi + ayam masak merah + sayur + sirap ais
Set C = air suam + kurma
Bukan senang nak mula tutup aurat kalau sebelum ni tak pernah tutup aurat. kalau dulu bergaya dengan short khakis memamng susah sangat nak cuba pakai standard/long khakis. kalau dulu ayu dengan rambut beralun. memang berat nak bertudung seanggun Abby Abadi.
Bukan senang nak berhenti hisap rokok kalau dulu selang 1 minit satu batang rokok. memang menggigil badan beb.
Bukan senang taknak 'dating' di bulan Ramadhan tatkala dulu asyik berkepit umpama penyepit. rasa rindu yang tidak keruan
.
senang cerita bukan senang la.
tapi kalau tidak bermula dari sekarang bila lagi?
EMMM...
Bila lagi nak bangun Pukul 5 untuk sahur dan solat sunat 2 rakaat? time bulan lain memang berat lagi dibuai mimpi.
Bila lagi nak cuba baca al-Quran banyak-banyak kalau dulu sebelum ni asyik dengar lagu dan karok je memanjang.
Bila lagi nak sedekah RM 1 sehari kalau dulu alasan nak sedekah kat tabung masjid "uih, lari bajet makan aku". takkan bulan puasa pun bajet makan melambung gak?
Bila lagi nak solat sunat 23 rakaat, 8 rakaat, kalau dulu nak solat sunat 2 rakaat lepas siyak pun liat. apatah lagi pahala berlipat kali ganda. takkan taknak kot? buat yang baru nak belajar solat inilah kesempatan yang paling baik. kunjungilah rumah-rumah Allah untuk dapatkan semangat seumpama kita mendengar lagu untuk mencari semangat.
Bila lagi nak'adjust' try tutup aurat kalau bukan dalam bulan ni. Syaitan pun dibelenggu. Halangan kita hanyalah diri kita sekarang. serius macho kalau pakai seluar panjang. serius comel + ayu + anggun kalau bertudung dan tutup aurat sempurna. x percaya tengok Abby Abadi, Irma Hasmie, Yatt. memang terbaik!
Bila lagi nak berenggang dengan sang awek tuh? barangkali inilah peluang untuk kita muhasabah balik sekiranya terdapat perkara yang tak elok sepanjang tempoh 'perkapelan' kita. inilah kesempatan untuk bertaubat ke. bukan ke baik kalau begitu.
Bila lagi nak start berhenti rokok?? tak pun kurangkan sedikit hisap rokok. duit beli rokok tu lagi bagus kalau belanja orang lain berbuka. bertimbun-timbun pahala dapat. islam pun melarang kita menjerumuskan diri kita ke kancah kemusnahan. malah majlis fatwa pun dah kata rokok haram walaupun terdapat khilaf ulama disitu.
senang cerita BILA LAGI NAK BUAT SEMUA TUH??
Tapi barang jangan dilupa,
YANG WAJIB JANGAN DITINGGALKAN TATKALA YANG SUNAT DIKEJAR-KEJARKAN.
Benda basic/ asas macam solat jangan ditinggalkan pula. jika tidak sia-sia puasa kita.
Puasa pulak jangan pula main-main. tahun depan entah kan hidup lagi ke tidak kita ni. peluang berjumpa dengan Ramadhan ini sangat bermakna. Alim Ulama dahulu menangis kesyukuran dihidupkan sampai Ramadhan seterusnya.
Alllah beri kita peluang untuk kita tingkatkan amal, koreksi diri, perbaiki diri, kita kena rebut peluang ini. sebab selalulah ingat apa bekal kita nanti kalau kita mati dan menghadap Allah untuk dibicarakan di mahkamah Agong Allah. Fuh, terketar rasanya ingat semua perbuatan kita selama ini.
jadi jangan berlengah!
banyakkan istighfar, solat sunat taubat, mohon keampuanan daripada Allah. Allah itu Maha Pengampun.
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)
JOM BERSAMA DALAM EKSPEDISI RAMADHAN KALI INI!

Saturday, July 7, 2012

Telekung yang menggambarkan

Gelap.
Basah.
Kotor.
Suram.
Sunyi.
Tiada kata yang indah dapat diungkapkan bagi sebuah lorong yang masyhur di kota Metropolitan Kuala Lumpur.
Lorong Haji taib
Nama Haji seolah-olah tidak menggambarkan keadaan kawasan di sekitarnya. tetapi sejarah lampau telah merekodkan agar tempat ini diberikan nama sebegitu rupa. inilah takdir Allah yang Maha Mengetahui. kita selaku hamba perlu selaku berfikir malah menginsafi mengapa lorong yang mempunyai nama yang begitu baik namun kini menjadi sarang yang sudah sekian lama popular dalam kalangan masyarakat tempatan malah tidak kurang popularnya daalam kalangan masyarakat antarabangsa.
diberi kesempatan untuk merasai bahkan memahami kehidupan masyarakat disana tidak dapat ku lepasakan. kelihatan takungan air, lecah-lecah di merata-rata akibat hujan yang menyirami bumi metropolitan pada petaang itu. keadaan itulah yang mewarnai kehidupan penghuni kawasan sekitar situ. agak terkesima kota Kuala Lumpur yang digambkan sebagai kota moden mempunyai sisi gelap yang hampir dikaburi kisahnya dek kisah pemodenan yang lebih unggul.
kelihatan wanita-wanita mengungguli carta penghuni dalam kawasan itu. tetapi tidak hairan kerana memang 'penggemar wanita' memang menjadikan kawasan ini sebagai destinasi yang harus dilawati. namun sosok-sosok bergetah tidak kelihatan. yang muncul sosok-sosok yang sudah mula menunjukkan kedutan, yang mula kekurangan kudrat, yang mungkin mula mengenal erti keinsafan.
"Alhamdulillah."
ucapku pendek kerana Allah masih memberi peluang kepada mereka untuk mengubah nasib diri mereka. Allah memanjangkan usia mereka untuk memberi ruang dan peluang untuk berubah ke arah lebih baik. bagiku itu antara nikmmat yang tidaak terbanding yang Allah berikan kepada manusia.
nikmat umur dan kesihatan.
mataku terarah kepada kumpulan anak - anak kecil yang tersenyum riang melihat meriahnya kehidupan pada hari itu. kanak-kanak yang tidak mengerti ini seakan tidak menyedari persekitaran yang mereka diami amatlah tidak sihat untuk tumbesaran mereka dari hari ke hari. tidak dapat ku bayangkan bentuk cabaran yang mereka lalui sepanjang proses kehidupan di lorong ini.
terus tertanya dalam diri.
bagaimana dengan didikan agama mereka?
bagaimana kehidupan seharian meereka?
siapa rakan mereka?
siapakah ikutan mereka pada situasi ini?
seinfiniti kesyukuran ku ucapkan kepada Allah yang ku kasihi kerana mentakdirkan aku dalam keluarga yang baik, dalam keluarga yang mendidik, dalam persekitaran yang membina, dan banyak lagi. walaupun aku dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana namun aku bersyukur dibesarkan dalam kesederhanaan itu. bagaimana jika aku dibesarkan dalam situasi seperti mereka? siapa aku pada waktu ini? bagaimakah keadaanku? aah..terlalu banyak nikmat yang kadangkala ku pandang enteng dalam kehidupan ini.
astagfirullah....
namun, aku lebih terarah kepada satu baris kata yang amat membuat hatiku tersentuh.
"terima kasih sangat sebab bagi telekung ni kat saya. saya dah lama tak pegang telekung.....", ucap salah seorang daripada mereka.
kedengaran sayu, malu, sesal dan gembira. semua bercampur baur demi menunjukkan rasa yang beliau alami pada waktu itu. aku terkesima.
namun aku bersyukur kerana dia memperoleh semula jalan yang pernah dia lalui pada masa dahulu. kepalaku ligat berfikir sudah berapa lama dia tidak solat sedangkan menyentuh telekung juga tidak dijadikan resmi? apakah yang dia lakukan sepanjang tempoh dia tidak mengerjakan solat tersebut? apa alasan untuk dia tidak mengerjakan solat?
jika jawapannya adalah tidak ada individu mahupun sesiapa yang hendak mengingatkan tentang solat, aku yang seharusnya beristighfar panjang..
dimanakah aku tatkala ada insan yang tidak tahu cara untuk solat?
dimanakan aku saat ada insan yang perlukan tunjuk ajar untuk solat?
dimanakah aku saat mereka tercari-cari insan yang bisa membimbing mereka kearah kebenaran?
apa yang aku lakukan?
inilah nasib saudaraku yang seorang.
belum lagi aku ambil peduli akan nasib saudaraku yang lainnya.
astagfirullah...
kita tidak boleh terus leka dengan dunia kita sendiri kerana mereka semua adalah saudara seislam kita.
kita yang perlu hadir tatkala mereka malu untuk mendekati.
kita yang perlu mendekati tatkala mereka mahu memahami.
kita yang perlu mengasihi tatkala mereka ingin dikasihi.
kerana islam mengajar agar kita kasih dan sayang kepada sakalian saudara kita.
Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".
aku bersyukur, dalam ramai yang mencemuh dan mengeji mereka, terbit sosok-sosok yang bangun ats kesedaran dan tanggungjawab untuk membimbing saudaraku yang seumpama ini. mereka sudah melaksanakan tanggungjawab mereka.
kita bagaimana??