Sunday, July 29, 2012

Hoi, sini jap!

Pin! Pin! Pin! Pin!
Satu malam di Shah Alam kdengaran bunyi hon motor dan deruman motor enjin honda EX5. cuma jangan kalian risau kerana bunyi motor dan hon itu tidak menunjukkan sebarang ciri keanehan. Muncul motor bersama sebondong roti penuh di sekeliling motor. Entah berapa kali motor ini pernah disaman atau diberi amaran oleh pak polisi. namun aku lihat motor ini tetap beroperasi seperti biasa. Masakan tidak si penunggang motor itu mencurahkan segala kehidupan dan pengertian kepada kudrat motor ini untuk mencari rezeki. Cuma kadangkala kita ini tidak mengerti . hanya sekadar memerhati malah lebih teruk kadangkala memandang lekeh. Astagfirullah..
Aku lantas menghulurkan lenganku sebagai isyarat untuk memberhentikan motor tersebut tanpa niat untuk menggoda beliau. harap pembaca jangan salah tafsir. Maka penunggang motor itu pun memberhentikan motornya. Ku lihat pancaran rezeki di kilas matanya. Seolah-olah hendak mengatakan, " tolong la beli roti banyak-banyak". Tapi aku telah memasang niatku untuk hanya membeli sepotong roti dan setin susu soya bagi memberi tenaga.
Seusai itu aku pun melangkah pergi meninggalkan peniaga tersebut yang kelihatan bersungguh mengira wang hasil pencarian pada hari itu. waktu tersebut jam 11 malam. agak misteri kerana pada jam 11 malam masih ada peniaga roti merayau-rayau sambil menyanyikan hon di waktu malam. suasana ini hanya terdapat di shah alam. kalau buat di kampungku, aku yakin, pasti peniaga tersebut tercekik hon dek amarah orang kampungku. mahu tak marah, malam-malam hening membunyikan hon tanpa rasa bersalah. nasihatku kepada sesiapa yang berhajat mengikut jejak langkahnya di kampungku agar berhentilah daripada angan-angan dan impian itu.
Tiba-tiba.....
"HOI, SINI JAP!"
satu sapaan keras menerjah ke seluruh telingaku. sangkaku ada individu yang cuba untuk mengalih perhatianku. darah jawaku berderau seketika. langkahku mula ku atur kemas( berjalan kan kena melangkah). siapakah yang berani untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa?? lalu aku alihkan pandanganku untuk melihat dari mana datangnya suara tersebut.
hatiku terpana dek semacam perkara yang amat mengejutkan. rupa-rupanya suara biadap itu datangnya dari satu susuk tubuh yang dipanggil MELAYU! dia cuba untuk memanggil peniaga roti itu dengan panggilan sebegitu. Alangkah terkejutnya aku! tak dapat aku banyangkan rupa terkejutku dalam bentuk tulisan. tetapi memang terkejut. dan aku tetap terkejut!
Dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu semasa aku di bangku sekolah(kini dah tukar kerusi) kami sering diberitahu bahawa orang Melayu itu Islam, tutur katanya baik, lemah lembut, sopan santun, dan baik budi pekerti. aku ketika itu seakan mengangguk kerana isi-isi ini akan ku muatkan dalam menjawab karangan dan esei subjek tersebut. tapi kini semua itu tinggal sejarah.
walaupun bukan semua Melayu begitu, tetapi aku amat sedih kerana mereka ini saudaraku. tidakkah si pemanggil itu tahu bahawa peniaga itu tetap juga orang islam walaupun berketurunan mamak dan bukannya melayu? kalau bukan islam pun adakah ini akhlak yang ingin ditunjukkan dihadapan orang islam. dengan panggilan HOI?? ini belum lagi kes-kes memanggil semacam kurang hajar kepada pelayan di restoran mamak seluruh negara. aku kadangkala tidak sanggup melihat dan mendengar mamak - mamak pelayan dilayan sebegitu rupa. dibuli, panggilan kurang enak, dimaki pun ada tanpa sebab. aku lihat mereka seolah-olah berasa bangga dan hebat dengan berbuat demikian.
aku yakin dan percaya pasti ada mulut-mulut yang berkata. " ala, bukan semua begitu. kau nampak yang buruk je kat orang melayu ni. yang baik kau tak nak cerita pulak! ". adakah anda juga terfikir begitu?
Dan tidaklah Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira (mubasysyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin). (al-Kahfi : 56).
kisah kesopanan dan kesusilaan orang Melayu telah hangat dikisahkan hingga digambarkan dalam bentuk filem. Leftenan Adnan, Hikayat Hang Tuah, Bukit Kepong, dan banyak lagi. namun siapa yang berani melaungkan akan kelemahan atau kesalahan kita? adakah kita berani untuk mengaku kelemahan dan kesalahan kita? kita sering melenting apabila ditegur seolah-olah punya kuasa eksklusif tapi jarang sekali mengambil pengajaran dan iktibar dari teguran. walaupun kejadian ini bukanlah dalam julat yang besar, tetapi harus barang diingat islam tidak pernah mengajar kita sedemikian rupa. beruntunglah orang melayu kerana Allah telah berikan sifat lemah lembut dan mesra dalam jiwa masyarakat melayu. apabila islam datang dalam masyarakat kita hal ini mengukuhkan lagi sifat yang sedia ada itu.
aku ini bukanlah seorang ustaz, bukan juga seorang ustazah. apatah lagi penuh dengan kesilapan , kelemahan, dan dosa. tapi sekadar saudara islam yang bimbang dengan fenemona ini. rata-rata kita mengetahui keperluan umat islam untuk bangun dari kegelapan yang menyelubungi dan perkara yang kita perlukan sekarang adalah BERTINDAK!
aku berpesan kepada diriku ini untuk mengambil kesempatan daripada kisah ini untuk kita sama-sama menginsafi akan situasi umat kita hari ini. sempena bulan ramadhan ini adalah kesempatan yang terbaik untuk kita berhenti untuk memanggil orang dengan panggilan yang kuranG enak. di bulan mulia inilah kita belajar untuk mengungkapkan perkataan yang baik dan mengurangkan perkataan yang kurang baik. waktu inilah paling sesuai untuk kita belajar untuk menghormati orang lain tidak kira bangsa, agama, warna kulit, mahupun warna anak mata. mudah-mudahan dengan permulaan yang baik akan menghasilkan hasil yang baik selepas ini. insyaAllah.
KITA MAMPU MENGUBAHNYA..
semoga bermanfaat.

8 comments:

  1. bulan ramadhan....bulan tarbiyah .... mcm kenal jekkk motor roti tu ... ^^

    ReplyDelete
  2. Formulanya mudah.
    Rasulullah SAW kata, "man la yarham, la yurham" - barang siapa tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi. [HR Muslim]

    nak orang sayang kita,kita kenalah sayang orang dulu.nak orang buat baik pada kita, kita kenalah buat baik pada orang dulu.

    Dan kitarannya akan berputar,sampai saat nanti ia akan terkena balik pada kita.what u give u get back..Nauzubillah.

    Nice story..keep sharing :)

    ReplyDelete