Saturday, July 7, 2012

Telekung yang menggambarkan

Gelap.
Basah.
Kotor.
Suram.
Sunyi.
Tiada kata yang indah dapat diungkapkan bagi sebuah lorong yang masyhur di kota Metropolitan Kuala Lumpur.
Lorong Haji taib
Nama Haji seolah-olah tidak menggambarkan keadaan kawasan di sekitarnya. tetapi sejarah lampau telah merekodkan agar tempat ini diberikan nama sebegitu rupa. inilah takdir Allah yang Maha Mengetahui. kita selaku hamba perlu selaku berfikir malah menginsafi mengapa lorong yang mempunyai nama yang begitu baik namun kini menjadi sarang yang sudah sekian lama popular dalam kalangan masyarakat tempatan malah tidak kurang popularnya daalam kalangan masyarakat antarabangsa.
diberi kesempatan untuk merasai bahkan memahami kehidupan masyarakat disana tidak dapat ku lepasakan. kelihatan takungan air, lecah-lecah di merata-rata akibat hujan yang menyirami bumi metropolitan pada petaang itu. keadaan itulah yang mewarnai kehidupan penghuni kawasan sekitar situ. agak terkesima kota Kuala Lumpur yang digambkan sebagai kota moden mempunyai sisi gelap yang hampir dikaburi kisahnya dek kisah pemodenan yang lebih unggul.
kelihatan wanita-wanita mengungguli carta penghuni dalam kawasan itu. tetapi tidak hairan kerana memang 'penggemar wanita' memang menjadikan kawasan ini sebagai destinasi yang harus dilawati. namun sosok-sosok bergetah tidak kelihatan. yang muncul sosok-sosok yang sudah mula menunjukkan kedutan, yang mula kekurangan kudrat, yang mungkin mula mengenal erti keinsafan.
"Alhamdulillah."
ucapku pendek kerana Allah masih memberi peluang kepada mereka untuk mengubah nasib diri mereka. Allah memanjangkan usia mereka untuk memberi ruang dan peluang untuk berubah ke arah lebih baik. bagiku itu antara nikmmat yang tidaak terbanding yang Allah berikan kepada manusia.
nikmat umur dan kesihatan.
mataku terarah kepada kumpulan anak - anak kecil yang tersenyum riang melihat meriahnya kehidupan pada hari itu. kanak-kanak yang tidak mengerti ini seakan tidak menyedari persekitaran yang mereka diami amatlah tidak sihat untuk tumbesaran mereka dari hari ke hari. tidak dapat ku bayangkan bentuk cabaran yang mereka lalui sepanjang proses kehidupan di lorong ini.
terus tertanya dalam diri.
bagaimana dengan didikan agama mereka?
bagaimana kehidupan seharian meereka?
siapa rakan mereka?
siapakah ikutan mereka pada situasi ini?
seinfiniti kesyukuran ku ucapkan kepada Allah yang ku kasihi kerana mentakdirkan aku dalam keluarga yang baik, dalam keluarga yang mendidik, dalam persekitaran yang membina, dan banyak lagi. walaupun aku dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana namun aku bersyukur dibesarkan dalam kesederhanaan itu. bagaimana jika aku dibesarkan dalam situasi seperti mereka? siapa aku pada waktu ini? bagaimakah keadaanku? aah..terlalu banyak nikmat yang kadangkala ku pandang enteng dalam kehidupan ini.
astagfirullah....
namun, aku lebih terarah kepada satu baris kata yang amat membuat hatiku tersentuh.
"terima kasih sangat sebab bagi telekung ni kat saya. saya dah lama tak pegang telekung.....", ucap salah seorang daripada mereka.
kedengaran sayu, malu, sesal dan gembira. semua bercampur baur demi menunjukkan rasa yang beliau alami pada waktu itu. aku terkesima.
namun aku bersyukur kerana dia memperoleh semula jalan yang pernah dia lalui pada masa dahulu. kepalaku ligat berfikir sudah berapa lama dia tidak solat sedangkan menyentuh telekung juga tidak dijadikan resmi? apakah yang dia lakukan sepanjang tempoh dia tidak mengerjakan solat tersebut? apa alasan untuk dia tidak mengerjakan solat?
jika jawapannya adalah tidak ada individu mahupun sesiapa yang hendak mengingatkan tentang solat, aku yang seharusnya beristighfar panjang..
dimanakah aku tatkala ada insan yang tidak tahu cara untuk solat?
dimanakan aku saat ada insan yang perlukan tunjuk ajar untuk solat?
dimanakah aku saat mereka tercari-cari insan yang bisa membimbing mereka kearah kebenaran?
apa yang aku lakukan?
inilah nasib saudaraku yang seorang.
belum lagi aku ambil peduli akan nasib saudaraku yang lainnya.
astagfirullah...
kita tidak boleh terus leka dengan dunia kita sendiri kerana mereka semua adalah saudara seislam kita.
kita yang perlu hadir tatkala mereka malu untuk mendekati.
kita yang perlu mendekati tatkala mereka mahu memahami.
kita yang perlu mengasihi tatkala mereka ingin dikasihi.
kerana islam mengajar agar kita kasih dan sayang kepada sakalian saudara kita.
Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".
aku bersyukur, dalam ramai yang mencemuh dan mengeji mereka, terbit sosok-sosok yang bangun ats kesedaran dan tanggungjawab untuk membimbing saudaraku yang seumpama ini. mereka sudah melaksanakan tanggungjawab mereka.
kita bagaimana??

6 comments:

  1. waaaaa, ada program ape time ni ?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..boleh ajak turun program.
    siang2 ada orang ke kat lorong ni?

    ReplyDelete
  3. "di mana aku tika mereka memerlukan bimbingan?"
    --thanks utk entry ni. renjatan kesedaran saat bergelumang dengan final.

    ReplyDelete