Monday, June 25, 2012

Lembu itu dipegang pada tali..

"abah, maaf bah sebab x dapat siapkan kerja kat rumah orang tu", kataku..
" camna nak siap, ko janji pukul 10 tapi start buat kul 12.30" , jawab abah.
kedu, mula terpinga-pinga, terasa seperti dunia sepi buat seketika waktu. suasana menjadi sedikit sunyi.
"maaf bah. " diri cuba mencipta suasana baru dalam keadaan ini. abah cuba buat muka rilek beliau seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.
"abah dah janji dengan tuan rumah nak kena siapkan minggu ini jugak. so hari ini adalah hari terakhir seperti yang abah dah janjikan. " suara abah menyapa lembut.
" kalau lembu dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya", abah menyambung kembali kata-katanya. riak wajahnya tampak senyum tapi ku tahu hati dan perasaan agak kecewa kerana aku tidak dapat siapkan kerja pada hari itu juga. Yalah, seorang bapa yang tabah tidak mudah melatah apatah lagi bersikap kurang matang dalam situasi seperti ini.
" emm, hari rabu dah start final bah." aku cuba mengubah topik. Dengan harapan dapat mengembalikan mood yang agak x berapa best ini.
" oh, sama la macam ami(adikku di mesir) dia pun tengah final exam ni", abah menjawab bersahaja. sekali lagi riak wajahnya amat bersahaja.
lantas kami pun meneruskan perbulan di meja bulat. kebetulan pada waktu itu adik bongsu juga ada sekali dalam perbualan. Berlakulah usik mengusik, cuit mencuit, sesama keluarga. Tanpa mereka sedari sebenarnya aku berhasrat untuk pulang ke shah alam pada waktu itu juga kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
sedang rancak bersembang, abah bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke bilik. seusai itu abah tiba dengan pakaian kerja seperti mana abah selalu gunakan untuk pergi kerja. dalam masa yang sama aku sudah pasang niat untuk salam abah dan mama untuk pulang ke shah alam.
" abah nak pergi mana? " aku cuba menunjukkan sikap prihatin. sangka ku abah hendak pergi melawat kedai.
" abah nak pergi siapkan rumah fazli(bukan nama sebenar) tadi tu la", jawab abah bersahaja.
di saat itu aku kaku, berat hati meninggalkan abah kerja sendirian menyiapkan projek yang sepatutnya siap hari ini. jam menunjukkan 4 petang. bagaimana mungkin abah mampu menyiapkan dengan seorang diri. aku semakin rasa bersalah untuk pulang ke shah alam. tetapi keperluan di shah alam juga amat mendesak. lalu aku bulatkan tekad untuk terus pulang ke shah alam sambil aku membayangkan abah seorang diri menyiapkan kerja yang belum disudahkan itu. hanya Allah yang tahu betapa berat kaki melangkah, betapa keras putaran 'throttle' motor ku pulas dan sepanjang perjalanan hatiku ini tidak keruaan dan resah memikirkan semua ini. ahh....keluhu sendirian.
bila kita renungi, fahami, serta insafi, betapa hebat pengorbanan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh abahku ini. seusai di shah alam aku lantas solat asar dan ketika itulah betapa sesalan menerjah ke dalam diriku mengenangkan aku sanggup membiarkan abahku sendiri menyiapkan tugasan tersebut. betapa aku tega membiarkan abah terkontang kanting sendrian mengangkat tingkap, memasang, dan lain-lain kerja yang aku sendiri faham betapa sukarnya jika dilakukan sendirian. betapa aku seolah-olah mencurangi ketabahannya, kegigihannya, kasih sayangnya dan segala yang abah telah curahkan kepada batang tubuh ini.
bagaimana seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan anak-anak dan keluarga namun anak-anak ini sangat sukar untuk melakukan perkara yang sama walau sesama bapa kandung sendiri! astagfirullahal azim..
aku beristighfar panjang mengenang kembali semua ini. akan aku pastikan diriku akan berusaha sebaik mungkin untuk peperiksaan akhir kali ini agar keringat abah yang pernah terpercik di batang tubuhnya selama ini tidak sia-sia.
sempena peperiksaan kali ini aku berpesan kepada diriku dan rakan-rakan agar perjuangankanlah dengan sebenar-benar perjuangan dalam mrnghadapi peperiksaan kerana disana terdapat insan yang selalu membanting tulang, mengukir harapan saban hari untuk melihat anaknya berjaya. kita ini permata mereka. walaupun kadangkala sinaran 'permata' ini pudar tetapi ibu bapa kita tetap menggilap 'permata' mereka ini supaya dapat menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. ingatlah kita bahawa setiap inci tubuh kita ini adalah hasil dari titik peluh, air mata, keringat mereka.
ingat geng, dulu kita pernah berjanji dalam diri hatta walau sekali dalam hidup ini bahawa kita hendak menguntumkn kejayaan kepada ibu bapa kita satu hari kelak. jadi ingatlah!
"lembu itu dipegang pada tali, manusia itu dipegang pada janji!"
abah, mama, kalian always number one for me!!

3 comments: