Friday, June 22, 2012

Belajar dari Alam

Assalamualaikum wbt. Rasanya ini adalah post pertama yang akan sy kongsikan bersama kalian. ramai yang menganggap menulis di blog ini sudah agak ketinggalan zaman. tetapi sy terpanggil untuk menulis juga walaupun sy sedar kurang pengalaman dalam penulisan.
Tetapi kita perlu sedar dan selalu peka bahawa melalui penulisan ilmu tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Penulisan juga adalah satu bentuk rekod yang disengajakan atau tidak disengajakan yang mungkin akan berguna satu masa kelak.
jadi apa salahnya untuk mencuba kan? jadi untuk '1st entry' jom kita mengembara bersama sedikit gambar yang sy ambil menggunakan kudrat sy sendiri. jom!
>
Gambar ini sy ambil semasa berjaulah(berjalan2) ke sungai Gabai. keindahan ciptaan Allah yang selama ini kita lupa untuk bersyukur. bagaimana jika Allah tidak ciptakan batu di dunia ini? bagaimana jika Allah tidak ciptakan lumut-lumut di batuan? pernahkah kita terfikir? apakah akan terjadikah? Subhanallah!!
gambar ini sy ambil di kampung kelahiran sy sendiri iaitu di sungai KG Sijangkang. pesona senja yang sangat memukau. Allah menciptakan siang, Allah menciptakan malam. di tengah kejadian itu terdapat waktu yang sangat menenangkan jika kita sedari iaitu waktu fajar dan senja. pernahkah kita terfikir?? Subhanallah!
cuba kalian perhatikan langit yang berwarna kuning keemasan. ini bukan effect photoshop tetapi adalah gambar sebenar yang sy ambil ketika dalam perjalanan ke suatu tempat. pernah kalian melihat situasi sperti ini? Allah itu sangat Hebat! andai Allah mahu menciptakan langit berwarna pink pun tiada masalah.
satu perkara yang semakin sy imani(percaya & yakin) adalah Allah itu terlalu hebat kerana pada setiap penciptaanya ada sesuatu untuk kita renungi dan ambil peduli.
(Q.S An-Nahl : 65)
وَٱللَّهُ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَآ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يَسْمَعُونَ
Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran)
saya semakin percaya. anda bagaimana?

6 comments: