Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wbt.
kini tibalah kita di bulan yang paling tidak dinantikan oleh nafsu kita jika dipandang pada sudut lumrah iaitu bulan Ramadhan. Nafsu pada lumrahnya bencikan kepada kebaikan dan lebih terarah kepada kemaksiatan. namun jika di didik, diasuh tidak mustahil nafsu akan tunduk kepada kebaikan.
FUHH!!
Bukan senang nak bangun seawal jam 5 pagi semata-mata nak makan sepinggan nasi dan seketul ayam. ada pulak tu sekadar nak minum air suam sahaja.
Bukan senang nak baca al-Quran 5 muka setiap lepas solat. apatah lagi kalau waktu bekerja. memang mencabar keimanan dan ketaqwaan.
Bukan senang nak hulur singgit dua kat tabung masjid tiap kali waktu terawih. padahal kalau nak dihitung RM 1 x 29 hari = RM 29. memang liat duit kat poket tu nak keluar. rasa macam malu-malu je.
Bukan senang nak pegi terawih dalam keadaan perut penuh dengan ayam percik, air tebu, roti john, nasi tomato, kuih pelita, kuih gado-gado. rasa berat je badan nak bangun waktu tu.
Bukan senang nak belanja orang lain berbuka apatah lagi kalau set makanan kita masih juga belum mencukupi. ada bermacam-macam set makanan dalam bulan Ramadhan ini.antaranya :
Set A = ayam percik + air bandung + mee bandung + kebab + roti john
Set B = nasi + ayam masak merah + sayur + sirap ais
Set C = air suam + kurma
Bukan senang nak mula tutup aurat kalau sebelum ni tak pernah tutup aurat. kalau dulu bergaya dengan short khakis memamng susah sangat nak cuba pakai standard/long khakis. kalau dulu ayu dengan rambut beralun. memang berat nak bertudung seanggun Abby Abadi.
Bukan senang nak berhenti hisap rokok kalau dulu selang 1 minit satu batang rokok. memang menggigil badan beb.
Bukan senang taknak 'dating' di bulan Ramadhan tatkala dulu asyik berkepit umpama penyepit. rasa rindu yang tidak keruan
.
senang cerita bukan senang la.
tapi kalau tidak bermula dari sekarang bila lagi?
EMMM...
Bila lagi nak bangun Pukul 5 untuk sahur dan solat sunat 2 rakaat? time bulan lain memang berat lagi dibuai mimpi.
Bila lagi nak cuba baca al-Quran banyak-banyak kalau dulu sebelum ni asyik dengar lagu dan karok je memanjang.
Bila lagi nak sedekah RM 1 sehari kalau dulu alasan nak sedekah kat tabung masjid "uih, lari bajet makan aku". takkan bulan puasa pun bajet makan melambung gak?
Bila lagi nak solat sunat 23 rakaat, 8 rakaat, kalau dulu nak solat sunat 2 rakaat lepas siyak pun liat. apatah lagi pahala berlipat kali ganda. takkan taknak kot? buat yang baru nak belajar solat inilah kesempatan yang paling baik. kunjungilah rumah-rumah Allah untuk dapatkan semangat seumpama kita mendengar lagu untuk mencari semangat.
Bila lagi nak'adjust' try tutup aurat kalau bukan dalam bulan ni. Syaitan pun dibelenggu. Halangan kita hanyalah diri kita sekarang. serius macho kalau pakai seluar panjang. serius comel + ayu + anggun kalau bertudung dan tutup aurat sempurna. x percaya tengok Abby Abadi, Irma Hasmie, Yatt. memang terbaik!
Bila lagi nak berenggang dengan sang awek tuh? barangkali inilah peluang untuk kita muhasabah balik sekiranya terdapat perkara yang tak elok sepanjang tempoh 'perkapelan' kita. inilah kesempatan untuk bertaubat ke. bukan ke baik kalau begitu.
Bila lagi nak start berhenti rokok?? tak pun kurangkan sedikit hisap rokok. duit beli rokok tu lagi bagus kalau belanja orang lain berbuka. bertimbun-timbun pahala dapat. islam pun melarang kita menjerumuskan diri kita ke kancah kemusnahan. malah majlis fatwa pun dah kata rokok haram walaupun terdapat khilaf ulama disitu.
senang cerita BILA LAGI NAK BUAT SEMUA TUH??
Tapi barang jangan dilupa,
YANG WAJIB JANGAN DITINGGALKAN TATKALA YANG SUNAT DIKEJAR-KEJARKAN.
Benda basic/ asas macam solat jangan ditinggalkan pula. jika tidak sia-sia puasa kita.
Puasa pulak jangan pula main-main. tahun depan entah kan hidup lagi ke tidak kita ni. peluang berjumpa dengan Ramadhan ini sangat bermakna. Alim Ulama dahulu menangis kesyukuran dihidupkan sampai Ramadhan seterusnya.
Alllah beri kita peluang untuk kita tingkatkan amal, koreksi diri, perbaiki diri, kita kena rebut peluang ini. sebab selalulah ingat apa bekal kita nanti kalau kita mati dan menghadap Allah untuk dibicarakan di mahkamah Agong Allah. Fuh, terketar rasanya ingat semua perbuatan kita selama ini.
jadi jangan berlengah!
banyakkan istighfar, solat sunat taubat, mohon keampuanan daripada Allah. Allah itu Maha Pengampun.
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)
JOM BERSAMA DALAM EKSPEDISI RAMADHAN KALI INI!

1 comment:

  1. hemmmmm kuih gado gado ??? order set A air bandung + mee bandung ..... RAMADHAN KAREEM

    ReplyDelete